Monday, February 7, 2011

SYUKUR dan DOA

kucing pun berdoa. Amin!
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Lama tak update blog ni,bukan apa sejak hujung tahun 2010, rezeki mencurah-curah bagaikan hujan membanjiri bandar Segamat dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya. ALHAMDULILLAH , berkat Alhamdulillah21x selepas sedar daripada tidur...dan InsyaAllah apa yang dihajat, dah nampak! .. rasa nak hidup seribu tahun lagi...besttt  sangat.


Kan aku dah kata 2011 tahun kekayaan, dari dunia pendidikan, pelaburan juga dari dunia kesihatan. Bagi orang yang menyambut tahun arnab juga dikatakan tahun yang menjanjikan keuntungan, macam arnab..mudah membiak, macam tu lah rezeki untuk tahun ini. Untuk tahun ini aku dalam kitaran 9!! tahun kitaran 9 ni dalam metafizik macam hari raya, Alhamdulillah..ini baru februari dah nampak kekayaan mendatang. *nak tahu kitaran tahunan anda? sms 017 200 77 82*


Kalau aku tak ambik kelas, tak cari ilmu aku tak tahu apa-apa pasal metafizik, menyeluruh,masyaAllah...cantiknya ilmu yang dikurniakan. sepatutnya umat melayu islam yang mempeloporinya tapi faham-faham jer lah.....sebetulnya aku ada no 4 untuk bakat, patutlah aku hantu buku dan sangat suka cari ilmu. Aku juga suka berdoa "tambahkan ilmu atas ilmu yang aku ada" , dah tahu ilmu pernomboran ini rupa aku ada 246, patutlah aku suka sertai kelas-kelas ilmu.  Aku juga ada 573, patutlah aku tak suka MLM (multi level marketing)..hu..hu.. 573 elok jual emas,menjadi-jadi..patutlah apa aku ingin mesti dapat, rupanya aku ada 38..Syukur alhamdulillah dari ilmu yang diterima semua pola yang ada diaktifkan dan doa. Terima kasih cikgu AD.
                   


Syukur dan Terima Kasih juga kepada SIFU-SIFU, Dato Dr RAR, SGMHS, dan DrMKA. Ilmu yang diterima amat berkesan dan tinggi nilainya. Gemblengan ilmu yang diperolehi membuatkan seolah-olah kemajuan hidupku dan tajuk blog ini  bagaikan satu rahmat seiring dengan visi, misi & niat kami. Tak perlu LAUNGAN DAN PUBLISITI, diiringi panduan spiritual, sunnah & kalam Allah. Keselarasan permintaan, hajat, impian, tutur dan doa sentiasa positif dan fokus. Kejayaan pasti mampu dicapai.



Firman Allah yang maksudnya "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai aku (beritahu) mereka "Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada Ku,supaya mereka menjadi baik serta benar." (surah Al-Baqarah:186)


Menurut al-Khatabi: "jika Allah lambat memakbulkan doa seseorang, Dia akan memberi kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelak dirinya daripada kecelakaan atau menggantinya dengan pahala.


Menurut hukama: "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon atau ia menolak dari musibah atau penyakit atau diberi ganjaran pada hari Kiamat.


Apabila Dia tidak makbulkan doamu maka Dia meracang sesuatu yag lebih baik untukmu... 
Firman Allah, maksudnya "boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah jua yang Maha Mengetahui (semua itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya" (al Baqarah:216)


Oleh itu, sentiasa bersangka baik pada Allah dan selaraskan diri kita dengan suruhanNYA .
Maksud firman Allah "Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadapKu, maka bersangka tentang-Ku apa sahaja yang kamu ingini," (Hadis Qudsi)


Berpandukan ilmu, latihan, bimbingan dan latihan seiringan renungan di atas: kesihatan, Kejayaan, kebahagian , kekayaan, kerohanian , ekonomi, sokongan sekeliling kita akan memberi & mendapat yang terbaik. If there's the will, there's a way. InsyaAllah.


Semoga berjumpa lagi, assalamualaikum.